Teks: Fatim Khairani
Assalamualaikum..
Hari ni adalah hari bersejarah buat saya kerana pertama kali
menulis sebagai seorang blogger. Salam perkenalan, salam ukhwah dari saya Fatim
Khairani Binti Kassim. Saya berasal dari Selangor, ibu kepada 5 orang cahaya
mata.
Saya bekerja di sebuah
syarikat Telekomunikasi dan mempunyai pengalaman bekerja di bidang IT lebih
dari 10 tahun. Bermula dari peringkat bawah hingga ke jawatan sekarang, merasai
bangkit dan jatuh demi mengejar cita-cita. Tetapi sebagai seorang isteri dan ibu bila tiba suatu peringkat usia, saya mulai terfikir untuk menjadi suri rumah
sambil memulakan perniagaan secara online. Seronok melihat mereka yang boleh
mendidik dan menjaga anak sendiri tanpa perlu bantuan pembantu rumah atau perlu
dihantar ke taska.
Demi merealisasikan impian, saya mulakan perniagaan secara
kecil-kecilan dengan menjual beberapa produk secara offline. Kemudian saya
mengikuti kursus masakan kuih tradisional dan moden, dan selepas itu mula
menerima tempahan kuih untuk kenduri dan musim perayaan. Memandangkan saya ni
masih bekerja jadi masa agak terhad jadi segala urusan
perniagaan terpaksa dihadkan mengikut kesesuaian waktu.
Jadi tahun ini saya bernekad untuk memulakan bisness online
dan berjinak dengan penulisan blog. Saya juga berharap melalui blog ini saya dapat
mempelajari dan berkongsi ilmu serta pengalaman dengan rakan-rakan yang
mengikuti blog saya ini.
Wassalam..