Tuesday, 8 April 2014

Pengenalan

Teks: Fatim Khairani


Assalamualaikum..
Hari ni adalah hari bersejarah buat saya kerana pertama kali menulis sebagai seorang blogger. Salam perkenalan, salam ukhwah dari saya Fatim Khairani Binti Kassim. Saya berasal dari Selangor, ibu kepada 5 orang cahaya mata.


Saya bekerja di  sebuah syarikat Telekomunikasi dan mempunyai pengalaman bekerja di bidang IT lebih dari 10 tahun. Bermula dari peringkat bawah hingga ke jawatan sekarang, merasai bangkit dan jatuh demi mengejar cita-cita. Tetapi sebagai seorang isteri dan ibu bila tiba suatu peringkat usia, saya mulai terfikir untuk menjadi suri rumah sambil memulakan perniagaan secara online. Seronok melihat mereka yang boleh mendidik dan menjaga anak sendiri tanpa perlu bantuan pembantu rumah atau perlu dihantar ke taska.


Demi merealisasikan impian, saya mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual beberapa produk secara offline. Kemudian saya mengikuti kursus masakan kuih tradisional dan moden, dan selepas itu mula menerima tempahan kuih untuk kenduri dan musim perayaan. Memandangkan saya ni masih bekerja  jadi  masa agak terhad jadi segala urusan perniagaan terpaksa dihadkan mengikut kesesuaian waktu.


Jadi tahun ini saya bernekad untuk memulakan bisness online dan berjinak dengan penulisan blog. Saya juga berharap melalui blog ini saya dapat mempelajari dan berkongsi ilmu serta pengalaman dengan rakan-rakan yang mengikuti blog saya ini.


Wassalam..




1 comment :

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete